Thursday, October 12, 2006

The Fellowship of N-Series... and else..

Korang penah tak terpikir sapa agaknya yang sanggup beli phone yg sama ngan kawan opis korang? Sama jenis, sama warna. Pendek kata, 99.999% sama. Kali ni, kita menjelajah ke alam angker... melihat kerakusan manusia.. yang bukan setakat membeli handphone yang sama, malah sanggup menunjukkan ke seluruh dunia ttg kegilaan mereka terhadap handphone yang satu ni.... :-D


*ada yang kata, susunan yang ni nampak cam papan letak
Quran/Muqaddam. Masa kecik2 aku panggil 'rehal' (betul
ke eja?)

*nama aku gak takde. beginilah nasib org yg pakai
SonyEricsson...*


----------------------------------------*edit*----------------------------------------------

Kepada anasir2 luar yg cuba mengganggu-gugat network kami... AWAS...!!! Kami sudah mempunyai pahlawan2 kami untuk mempertahankannya. Mereka yang tidak kenal erti takut mahupun menyerah kalah, akan berjuang hingga ke titisan darah (dara?) terakhir untuk melawan anda semua...


*yang aku musykil, apsal yang aku rasa macam ada orang buat
superimpose ttg ketinggian sebenar? Ke berdiri atas kerusi? Hmmm..
Patut le lampu office ni ada lip lap lip lap pagi tadi. Korang punya keje ek?
Gi pasang balik lampu kalimantang tu...!*

Monday, October 09, 2006

Lucky Number Twenty-Slevin

Hmmm...

Seronok ke dah genap 27? Biasa je. Langit masih terbit dari timur (syukurrrr sgt2... aku belum tobat lagi!), masih kena gi keje, masih kena mandi & pakai baju & seluar sblm gi keje... and jerebu masih ada...

Went to Bangi yesterday. Dan kawan2 aku yang disayangi tu telah menjamuku ngan kek besday and serba sedikit hadiah. Ada bagi jam, ada bagi kek. Not to mention, dapat wallet baru (bukan diorang bagi). Elok gak. Wallet yang dulu dah rabak. Maklum le... dah dekat 5 tahun pakai... ke lebih 5 tahun...???!!!


Mamat ni kalau bukan dia kena drive, mesti layan tido. Dari Shah Alam sampai Bangi layan tidooooo je. Kalau dibiarkan, mau sampai Kota Tinggi tak bangun lagi ni. Mentang2 banyak bantal kat seat belakang tu, tidoooo je keje. Bangun le weiiii... Masa birthday ko aku tak tido pun...!!!




Aku punya birthday, apsal korang yg posing??? Apsal aku yg kena amik gambar???

Yeahhhh.... Kek sudah sampai, tapi masih belum buleh makan. Sbb apa? Belum masuk waktu berbuka lagi lorrrr...!!!




















*saat-saat akhir sebelum kek ni dipotong dan dimakan beramai2. Tapi sbb tak abis punya pasal, kena tapau bawak balik rumah....*


















*hadiah birthdayku. wallet baru & jam baru. tak kisahlah. apa hadiah pun aku terima je. yang penting, tukang bagi tu ikhlas...*

Terima kasih kawan-kawanku sekelian. Terutama sekali terima kasih sbb korang belanja makan... :-D

Sunday, October 08, 2006

Lucky Number 27...

OK the number now is 27. Yes, I know it's just another 3 years from the big three-zero...

Nothing new to report. Maybe tomorrow. After all, I have another 23 hours and 54 minutes to celebrate my birthday. Hmmm... What's my next resolution? Cari rumah kot... :-D

Friday, October 06, 2006

Jolobu...

Sekali lagi, tahun ni, tetamu yang tak diundang ni sampai lagi untuk bertanya khabar. Takyah tanya pun takpe! Dia mai je, sure kita semua tergolek tak sihat. Tiap2 tahun cerita yg sama! Tiap2 tahun (silap2 recycle!) kuar gambar yang sama! Nasib baik kerajaan tak cakap "Tak apa... Kadar jerebu di negara kita masih antara yg terendah di Asia Tenggara. Malah antara yang terendah di dunia". Tau le kat Kalimantan sana mungkin ada syarikat Malaysia punya onar. Tak kisah le syarikat Malaysia ka, Trinidad & Tobago ka, Zimbabwe ka... asap yang kuar sama gak! Sakit tekak gak! Bukannya kalau syarikat US atau Jepun yang bakar hutan kat situ, asap kuar bau cam Christian Dior's Jadore ka, Hugo Boss's In Motion ka, CK One ka...

Sebagai bukti, tengok sini. Abis mata aku mengambik gambar2 bukti ni semalam & ari ni...

Yang ni tepi lebuh raya LDP. Kalau ari cerah, patutnya buleh nampak Summit Subang, or at least plaza tol Kesas tu. Tak nampak kan? Best kan? Yang nampak cuma ada lembu 2 3 ekor kat bawah tu.













Yang ni lak dari tepi Tol Batu Tiga. Shah Alam terus hilang. Kalau tak, dari sini buleh nampak Istana Sultan Selangor (betul ka?).









p/s Nasib baik tak kena langgar ngan motor lain sbb berenti tepi highway. Nak amik gambar nyer pasal, takpelah...





















Dua-dua gambar ni dari opisku yang dikasihi. Patutnya, kat gambar sebelah bawah tu, bangunan ASTRO patut buleh nampak dengan jayanya. Skrg ni nampak bumbung je (kot!). Jangan pasni ada yang salah rumah bila balik buka puasa dah le. Jerebu ni tak cukup tebal untuk buatkan korang sesat!

So inilah aktiviti2 yang dilakukan di opis ni sempena bulan posa & bulan jerebu ni. Jangan silap! Kami bukan ponteng keje. Cuma mati kutu sbb takleh lunch. Of course le... puasa kan...








































Ada yang hilang tak dapat dikesan. Ada yang main karom. Ada yang tido. Aku lak buat apa?
Baru nak tengok Poseidon & Ladder 49. Nak tengok kat cinema tak sempat, torrent je le jadi sasaran. Pasni nak download Flight 93 lak & kalau sempat Cars. Sapa nak, satu movie aku charge RM5!!!