Sebagai bukti, tengok sini. Abis mata aku mengambik gambar2 bukti ni semalam & ari ni...
Yang ni tepi lebuh raya LDP. Kalau ari cerah, patutnya buleh nampak Summit Subang, or at least plaza tol Kesas tu. Tak nampak kan? Best kan? Yang nampak cuma ada lembu 2 3 ekor kat bawah tu.
Yang ni lak dari tepi Tol Batu Tiga. Shah Alam terus hilang. Kalau tak, dari sini buleh nampak Istana Sultan Selangor (betul ka?).p/s Nasib baik tak kena langgar ngan motor lain sbb berenti tepi highway. Nak amik gambar nyer pasal, takpelah...


Dua-dua gambar ni dari opisku yang dikasihi. Patutnya, kat gambar sebelah bawah tu, bangunan ASTRO patut buleh nampak dengan jayanya. Skrg ni nampak bumbung je (kot!). Jangan pasni ada yang salah rumah bila balik buka puasa dah le. Jerebu ni tak cukup tebal untuk buatkan korang sesat!
So inilah aktiviti2 yang dilakukan di opis ni sempena bulan posa & bulan jerebu ni. Jangan silap! Kami bukan ponteng keje. Cuma mati kutu sbb takleh lunch. Of course le... puasa kan...


Ada yang hilang tak dapat dikesan. Ada yang main karom. Ada yang tido. Aku lak buat apa?
Baru nak tengok Poseidon & Ladder 49. Nak tengok kat cinema tak sempat, torrent je le jadi sasaran. Pasni nak download Flight 93 lak & kalau sempat Cars. Sapa nak, satu movie aku charge RM5!!!

No comments:
Post a Comment